Dr. Anayasmin Azmi

MBBS (Australia), MRCPCH (UK)
Kesihatan, Perkembangan & Pembesaran Kanak-Kanak

Dr. Anayasmin Azmi, atau lebih dikenali sebagai Dr. Ana, merupakan pakar pediatrik dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam kesihatan kanak-kanak, imunisasi, dan penjagaan perkembangan awal.
Kepakaran klinikal Dr. Ana merangkumi isu-isu pediatrik seperti kesihatan, pertumbuhan, pemakanan, vaksinasi, serta masalah perkembangan seperti Autism, ADHD, masalah pembelajaran, kelewatan pertuturan dan bahasa, dan tingkah laku.
Beliau menerima latihan perubatan di Monash University dan memperoleh kelayakan kepakaran dari Royal College of Paediatrics and Child Health (UK). Dalam amalan klinikal, Dr. Ana mementingkan aspek kekeluargaan dan bermula dirumah. Beliau juga bertauliah dalam program antarabangsa seperti SPELL, PEERS for Preschoolers (UCLA), dan Parent Training.
Di luar bidang klinikal, Dr. Ana merupakan penulis, menghasilkan 12 judul buku kanak-kanak serta penulis dan editor modul pendidikan kesihatan, termasuk modul pendidikan seksualiti yang mesra budaya untuk kanak-kanak dan remaja.
Misi Dr. Ana adalah untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak dan memperkasa keluarga dengan berkongsi maklumat dan kemahiran dari aspek kesihatan, perkembangan dan keibubapaan.

Perkhidmatan Klinik Pakar Pediatrik Dr. Anayasmin

Saringan Perkembangan

Kelewatan perkembangan, Autism, ADHD, Global Developmental Delay (GDD)

Imunisasi

Imunisasi mengikut jadual kebangsaan & vaksin pilihan (Rotavirus, Influenza, Chicken Pox)

Rawatan Kesihatan

Pemeriksaan, rawatan & kemasukan wad


Pemeriksaan Bayi

Kekuningan (jaundice) pertumbuhan & perkembangan bayi

Artikel Dr. Ana

Blog Dr. Ana

Apa kata pesakit tentang Dr. Ana?

“Deal with Dr Ana Yasmin, good and experienced doctor. Always delicate in explaining.”

Pn Fariha Rahman

“The clinic staff and Dr. Anayasmin, a pediatrician, provided us with the best service and treatment. Clear explanations. We are very satisfied! 😊. Very welcome to those who want to bring their children to see them for treatment. 👍👍”

Pn Maisarah

“We are so grateful to meet with Dr Anayasmin. A very experienced and kind doctor. She gave us detailed information and the strategies we can use as parents to help our son to thrive. Thank you very much Doctor Anayasmin. May Allah bless you always. ❤️”

Pn Adrinna Falisha