Dari PPKI ke Aliran Perdana: 6 perkara untuk dipertimbangkan

·

·

“Doktor, anak saya boleh tak pindah dari PPKI ke kelas biasa?” 👇

1️⃣ Bukan soal “akademik” sahajaRamai anak PPKI:✔️ boleh membaca✔️ boleh mengira✔️ boleh menulisTetapi kelas mainstream menuntut lebih daripada akademik:Duduk lamaUrus diri sendiriIkut arahan ramaiSuasana bising & cepatUrus emosi📌 Pandai tidak semestinya Bersedia

2️⃣ Perkara PERLU dinilai sebelum pindah📚 AkademikBoleh ikut pengajaran kelas besar?Boleh siapkan tugasan dengan bantuan minimum?🧠 Fokus & kawalan tingkah lakuBoleh duduk dan fokus?Apa berlaku bila stres atau tak faham?🧩 Executive Function (ini selalu terlepas pandang!)Boleh:Mula tugasan sendiri?Ikut arahan 2–3 langkah?Urus masa & barang?Tukar aktiviti tanpa meltdown?Kawal emosi bila gagal?📌 Ramai anak pandai, tetapi penat kerana fungsi esekutif belum matang.🧍‍♂️ Sosial & komunikasiBoleh minta tolong?Boleh hadapi konflik rakan?Risiko dibuli?👜 Kendiri & rutin harianTandas, makan, kemas beg, ikut jadual👉 Kalau satu bahagian masih rapuh, boleh menyebabkan anak akan cepat penat & tertekan di mainstream.

3️⃣ Assessment profesional sangat pentingJangan bergantung pada:❌ “Cikgu kata boleh”❌ “Tengok macam ok je”Penilaian oleh:Doktor , especially Doktor perkembanganPsikologisOT / Speech Therapistakan jawab soalan paling penting:👉 Apakah sokongan yang anak PERLUKAN untuk belajar dan berdikari di sekolah?

4️⃣ Mainstream tidak semestinya ‘lebih baik’ , mungkin ia hanya berbezaRealiti yang ibu ayah perlu consider:Kelas besarGuru sibuk atau mungkin kurang kemahrian mengendalikan pelajar khasKurang fleksibilitiSensory overload📌 Sekolah yang sesuai = sekolah yang anak boleh berkembang, bukan sekadar bertahan.

5️⃣ Boleh consider untuk pindah secara BERPERINGKAT Jika boleh:✔️ Cubaan sementara (trial)✔️ Partial inclusion✔️ Sekolah yang memebnarkan sokongan tambahan seperti shadow teacherPindah terus tanpa persediaan, berisiko burnout & school refusal.

6️⃣ Satu kebenaran yang penting;💙 Jika perlu kembali ke PPKI, ia bukan kegagalan.Ramai anak:Cuba mainstream dan dia dapat kenal kekuatan & limit dirilalu kembali ke PPKI lebih yakin & matangYang penting:✨ kesihatan emosi, urus diri & masa depan anakdan tanya diri kita:“Apakah persekitaran terbaik untuk anak saya SEKARANG?”

#DrAnaPaedsAnakAnda



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *