Apabila borang ini disiBanyak perkara ibu ayah perlu belajar dan cari..
Ramai ibu ayah datang klinik saya dua tiga minggu ni, tanya perkara sama, jadi saya share sini untuk panduan:
Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Persekolahan Anak Berkeperluan Khas
Tak kisahlah ada kad OKU atau belum,perkara-perkara ini ibu ayah PERLU tahu.saya bantu ringkaskan 👇
1️⃣ Nak DAFTAR atau tak?Ramai ibu bapa tak daftar anak sebab:“Anak saya macam tak layak lagi…”👉 Daftar dulu. Jangan tunggu diagnosis.Pendaftaran awal penting untuk:Data KPMPembukaan PPKIPenambahan guru & sekolah
📌 Tak daftar = data tak wujud = bantuan susah dirancang
2️⃣ Ni pun saya belajar dari cikgu khas dan therapist..ada dokumen namanya Kod Amalan Pendidikan KhasSemua polisi berkaitan murid berkeperluan khas ada di situ.Kalau tak faham:
✔️ Rujuk PPD✔️ Rujuk JPN
3️⃣ Tahu tahap perkembangan sebenar anakIni asas kepada semua keputusan:PPKI?PDK?Mainstream?Kurikulum alternatif?
Kalau anak di PPKI / PDK, bincang dengan guru tentang👉 RPI (Rancangan Pendidikan Individu) , ia seolah peta perkembangan anak, bukan sekadar fail.
4️⃣ Faham apa anak belajar di PPKIPPKI ada KSSR Pendidikan Khas.Dokumen ini boleh download percuma.❗ Tapi realitinya:Tak semua anak sesuai ikut KSSR sepenuhnya.Guru boleh guna kurikulum alternatif ikut tahap anak.👉 Bincang dengan guru.
5️⃣ Atas sebab yang valid, penangguhan persekolahan itu sebenarnya dibolehkan..Kalau ibu bapa rasa anak belum bersedia:✔️ Boleh mohon tangguh✔️ Perlu bukti & prosedur✔️ Sah untuk 1 tahun sahaja
📌 Rujuk Kod Amalan & PPD.
6️⃣ ada yang tanya, boleh ke Homeschool & sekolah swasta ?-ada syarat dan ada prosedur rasmiSekolah swasta:✔️ Pastikan berdaftar dengan KPM (SMIPS)❗ Kurang keistimewaan murid OKU seperti sekolah kerajaan
💡 Opsyen lain boleh consider,Pagi sekolah kerajaanPetang EIP / terapi swasta(dengan persetujuan sekolah jika menggagu waktu persekolahan)
7️⃣ Tentang Kad OKU pula, mungkin ada yang merasakan ianya isu sensitif, tapi banyak manfaat sebenarnyaKalau anak layak, pertimbangkan untuk mohon.Manfaat:Akses sokonganPeluang pendidikanLaluan khas (contoh kuota OKU)
📌 Kad OKU bukan label,ia sokongan untuk masa depan anak.#DrAnaPaedsAnakAndaSemoga urusan persekolahan anak-anak kita dipermudahkan
🌱Link permohonan tahun 1 nak buka tak lama lagi — sempat lagi kita bersedia 💪
#DrAnaPaedsAnakAnda



Leave a Reply