Diagnosis Autism Spectrum Disorder (ASD)

·

·

(Gangguan Spektrum Autisme – ASD) | Dr. Anayasmin

Apa Itu Gangguan Spektrum Autisme (ASD)?

Gangguan Spektrum Autisme (ASD) ialah keadaan perkembangan neurologi yang mempengaruhi interaksi sosial, komunikasi, dan tingkah laku kanak-kanak.Ciri-ciri utama autisme termasuk:Kesukaran komunikasi sosial dan interaksi dengan rakan sebaya atau keluarga.

Tingkah laku berulang atau stereotip, seperti melakukan pergerakan tangan berulang atau berputar. Minat terhad atau obsesi terhadap topik tertentu.Sensitiviti terhadap bunyi, cahaya, atau tekstur.

Proses Diagnosis Autisme di Klinik Kami

1. Saringan Perkembangan (Developmental Screening)Semasa pemeriksaan rutin, doktor akan menggunakan soal selidik pendek seperti M-CHAT untuk mengenal pasti tanda awal autisme.

2. Penilaian Komprehensif (Comprehensive Evaluation).

Meliputi temu bual ibu bapa: Meneliti sejarah perkembangan, kelahiran, dan latar belakang keluarga

Pemerhatian tingkah laku: Memeriksa interaksi sosial, komunikasi, dan tingkah laku anak

Penilaian berstruktur/Semi-strujtur

Ujian kognitif: Menilai keupayaan intelek, bahasa, dan kemahiran pembelajaran

Tanda-Tanda Autisme Utama Mengikut DSM-5

A. Komunikasi & Interaksi Sosial:

Kurang hubungan mataLambat bercakap atau bercakap lewat.

Kesukaran memahami emosi dan isyarat sosial

Lebih suka bersendirian

B. Tingkah Laku Terhad dan Berulang:

Pergerakan motor berulang (contoh: mengepak tangan)

Obsesi terhadap rutin harianMinat mendalam terhadap topik tertentu

Sensitif terhadap bunyi, cahaya, atau tekstur.

Bila Perlu Mendapatkan Diagnosis Autisme?

Tanda autisme biasanya ketara sebelum umur 2–3 tahun. Kanak-kanak yang lebih tua atau remaja juga boleh didiagnosis jika gejala muncul atau menjadi lebih jelas. Diagnosis awal membolehkan intervensi awal termasuk:Terapi pertuturan (Speech Therapy)Terapi cara kerja / Occupational TherapyTerapi tingkah laku (Behavioral Therapy)

Mengapa Pilih Dr. Anayasmin?Pakar pediatrik berpengalaman. Penilaian autisme bersepadu dan profesional.Sokongan ibu bapa untuk strategi pembelajaran dan perkembangan anak.Fokus kepada diagnosis awal dan intervensi perkembangan optimum.

FAQ – Soalan Lazim Mengenai Autisme

1. Bila saya perlu membawa anak untuk saringan autisme? Tanda-tanda autisme biasanya muncul sebelum umur 2–3 tahun. Jika anak lambat bercakap, kurang interaksi sosial, atau menunjukkan tingkah laku berulang, segera dapatkan penilaian perkembangan.

2. Adakah autisme boleh dikesan melalui ujian darah?Tidak. Diagnosis autisme bergantung pada pemerhatian klinikal, saringan perkembangan, dan temubual ibu bapa.

3. Apakah faedah diagnosis awal autisme?Diagnosis awal membolehkan intervensi awal melalui terapi pertuturan, terapi cara kerja, dan terapi tingkah laku, yang membantu perkembangan komunikasi, sosial, dan kognitif anak.

4. Adakah kanak-kanak lebih tua juga boleh didiagnosis autisme?Ya, walaupun tanda awal tidak dikesan, kanak-kanak atau remaja boleh didiagnosis jika gejala menjadi jelas dengan tuntutan sosial meningkat.

Dr. Ana Yasmin menawarkan penilaian autisme profesional untuk kanak-kanak di KPJ Selangor Specialist Center, Shah Alam. Diagnosis dan intervensi awal membantu perkembangan sosial, komunikasi, dan kognitif anak anda.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *